WooWooWoo Balik Kampung #WhenTwinnieMTravel

So, seperti yang dijanjikan. Aku nak tulis entry pasal balik kampung kali ni. Kampungnya tak lah jauh sangat. Kalau orang bujang tu, tidur bangun tidur bangun empat kali sampailah. Kat mana? Di Kuantan, Pahang Darul Hogoh De Hogoh. Eh, Pahang Darul Makmur.

Balik kampung kali special sikit deme wei… Deme (panggilan untuk ‘korang’ atau uolls) bayangkan ye, aku, encik suami dan anak kembar naik grab-komuter-bas-grab untuk sampai ke destinasi.

Berapa kali tukar kenderaan? 4 kali!

So, untuk perjalanan kali ni, encik suami prepare… beli carrier baru untuk gendong anak. Carrier kali ni selesa sikit, dia ada macam tempat duduk untuk baby, support pinggang dan bahu dan baby boleh nak mengadap kita atau menghadap depan.

117495178412b8ede3c2b01f6036eff61469438646-lg
Carrier My Dear

Kemudian, untuk balik kampung kali kami kami tak bawak luggage, cuma bawak 2 backpack. Backpack yang ada pada abinya aku isi pakaian kami berdua dan backpack yang aku bawak aku isi baju anak-anak dan segala kelengkapan dieorang.

Packing backpack untuk travel 3 hari (2 hari je sebab hari ketiga pagi-pagi dah balik). Senang kan? Nampak senang sebab mungkin kami anak-beranak bukan jenis cerewet kot.

20170610_125204

Eh, botol, susu, air panas, air masak tak bawak ke? Bekal-bekal tak bawak? Nah… kat sinilah antara highlight post aku kali ni. Anak kembar aku alhamdulillah masih Breastfeed. Dalam masa yang sama dieorang dah makan, dah boleh makan nasi dan minum pun macam budak-budak lain. So, bila berjalan macam ni apa yang aku sediakan adalah, botol air kosong, kudap-kudapan (selalu beli je kat kedai) macam roti atau biskut.

So, macam mana aku bf anak waktu jalan jauh-jauh ni? Kembar pulak tu. Okey, untuk trip kali ni perjalanan pergi aku buat macam ni.

  1. BF sekali sebelum gerak naik grab
  2. BF sekali waktu tunggu komuter nak ke Terminal Bandar Tasik Selatan
  3. BF sekali lagi waktu tunggu bas
  4. Selama 3 jam perjalanan dieorang tidur je so no BF waktu ni. Bila dieorang terbangun kejap-kejap tu aku bagi air kosong.

Macam mana aku BF kan dua-dua. Okey, aku gilir-gilirkan. Mula-mula BF adik, kemudian baru kakak. Sambil salah seorang tengah BF abi die layan dieorang. Main, borak atau tengok Didi. Huhu.

Walaupun anak kembar aku dah start makan macam budak-budak lain, tapi dieorang still BF dan anak yang BF ni tak dinafikan sangat clingy dan manja. Kadang-kadang tu die saja nak melekat dengan maknya, bukan nak menyusu sangat.

Dan… how am cover while breastfeed? Aku pakai tudung labuh. Betul-betul labuh depan belakang. Aku pakai khimar. Jadi, memang sangat tertutup dan aku akan cari sudut atau angle yang orang takkan nampak. Hmm… bila dah jadi mak ni kau akan tau macam mana nak survive tau.

So… Susah ke senang BF anak, apalagi anak kembar. Ada senang dan ada susahnya. Nantilah aku share entry khas pasal ni.

Okey, back on story.

Selama perjalanan pergi anak-anak tak banyak ragam sangat. Dalam bas tidur, dalam komuter pun okey. Perjalanan 3 jam setengah dengan menaiki bas Bulan Restu berakhir dengan jayanya.

Sampai dekat rumah mak, kami rehat kejap kemudian ke bazar. After berbuka ada family gathering. Kakak ipar selamat bersalin baby lelaki.

Pagi jumaat, abinye bawak kami anak beranak jalan ke Pantai Balok. Perjalanan 24 menit dengan menaiki kereta.

20170609_123045
Pemandangan Pantai Balok

Petang sebelum berbuka, aku dan geng biras prepare berbuka dan malamnya ada family jauh dari Terengganu datang tengok baby baru.

Pagi sabtu, pukul 8.30 kami dah balik. Sekali lagi gunakan perkhidmatan Grab Car. Kali ni balik naik bas Plusliner.

Waktu balik agak huru-hara sebab kami ingat tiket bas tertinggal dalam Grab Car, rupanya ada terselit ntah kat mane-mane. Huhu.

Perjalanan balik tak berapa smooth sebab kembar ambik masa sejam baru nak lelap. Biasanya kalau naik apa-apa kenderaan (hatta motor!) kene angin sejuk sikit mesti terlelap.

Puas umi ngan abinye pujuk, dodoi. Al-kisahnya, pagi sabtu tu Kuantan hujan dan kebetulan kami gerak pagi jadi cuaca sejuk. Dek kerana kesiankan anak takut kesejukkan, aku just tukarkan pampers je. Tak mandi!

Hahaha, inilah kejadiannye kalau mak nak cepat. Kesian kat anak tak selesa sepanjang perjalanan. Kita tak mandikan sebab kesian dia sejuk, akhirnya jadi disaster sebab anak kepanasan.

Walau macam manepun, anak kembor aku paling kuat pun kalau buat perangai cuma menjerit jelah setakat ni. Alhamdulillah, ramai jugak yang tanya macam mana nak ajar anak behave bila keluar? Actually, takde tips yang spesifik tentang macam mana aku ajar anak behave bila keluar. Mungkin sebab anak kembor aku BF jadi dieorang tak biasa jauh-jauh dari maknye. Jadi tak berani nak melasak sangat.

Kami sampai semula ke KL pada pukul 12.30, naik bas pukul 8.30 pagi. Lama tunggu komuter dan dalam komuter lah anak buat hal sikit tapi thanks to stranger sebab bagi tempat duduk! Dieorang kesian kot tunggu kami kendong anak. Hehe terima kasih pakcik.

Sampai semula ke Sungai Buloh pukul 1.30 petang. Alhamdulillah ala kulli hal. Perjalanan kembara #TwinnieM kali ni adalah pelajaran berharga bagi umi dan abi.

Next trip kemana pula ya? Tunggu… πŸ™‚

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s