Bila anak belajar dari apa yang dia lihat.

Hari ni nak bercerita tentang anak. Sekarang ni baru tahu perasaan bila mak-mak suka luahkan perasaan dalam blog. Haha, dulu punyalah tak suka kalau mak tulis tentang kita dalam blog dia.

Tapi, tulisan inilah yang akan kita kenang nanti. Bila dah bercucu bercicit, kalau depa tak mau pegang fizikal book dah, setidaknya ada catatan alam maya yang nenek depa buat ni ha.

Okey lah, back on track. Al-kisahnya hari, aku dok perhati je kelakuan dua budak kembar ni. Si kakak tiba-tiba berangin je asyik nak angkat tangan ke adik. Yang adik pula, orang kata ‘cengengen”, asik nak nangis je.

Umi pula kononnya sibuk, jadi bila dua orang beradik ni buat hal umi mula nak naik angin. Tapi tak naik pun. Sampai satu tahap, waktu maghrib aku baru lepas solat. Duduk nak bacalah al-Quran satu kedua mukasurat. Kakak mula balik perangai berebut mainan dengan adik. Sampai satu tahap dia “lepuk” kepala adik dengan pen. Ya… mungkin tak sakit dan adik tak nangis pun tapi aku sebagai mak tak suka tengok pelakuan si kakak tu.

Aku panggil dia, aku kata, “Kakak… sayang adik.” Sambil tarik dia peluk adik. Si adik pasrah je bila dipeluk tapi kakak mengelak tak mau peluk.

Akhirnya aku tak paksa, aku angkat kakak letak dia atas riba sambil baca al-Quran sama-sama dengan dia.

Mula-mula si kakak okey, dia pegang jari aku dan ikut aku tunjuk ayat al-Quran. Tapi tiba-tiba lepastu spontan dia terkoyakkan al-Quran aku.

Waktu tu aku punya marah dah naik ke kepala, tapi aku tak marah… Aku just cakap, “Maryamm… ya Allah, ya Robbi, ya Fattah, ya Alim…” Waktu tu aku dengar suara aku bergetar tahan marah.

Kemudian si kakak diam. Dia tahu aku tengah marah, tapi aku tak pukul atau naikkan suara pada dia.

Aku pun tutup al-Quran dan kemas bilik. Malas layan angin. Sebenarnya aku tahu apa si kakak ni nak. Dia cuma nak aku bagi lebih perhatian pada dia.

Tak lama lepas tu, di merengek-rengek lagi dan cuba untuk ‘pukul’ adik sekali lagi. Cuma kali ni dia nampak aku tengok dia. Dia baru angkat tangan (dalam tangan dia ada pen) kemudian pelahan-lahan dia turunkan tangan dan letak pen ke bawah.

LT6C9868
My Daimond, Maryam. Yes, her name only Maryam.

She slow down.

Nampak dia belajar macam mana aku kawal kemarahan aku tadi. Dia buat salah tapi aku tak marah, jadi si kakak belajar, bila nak marah tak semestinya kita kene tunjukkan dengan cara sakiti orang lain.

fuh! Korang tahu tak ape perasaan aku sebagai mak waktu tu. Lega dan rasa macam menang satu medal emas.

Dengan cara aku kawal marah aku, anak aku pun belajar mengawal perasaan dia. But its long way to go. Aku tahu. Anak aku pun baru setahun setengah.

Tapi apa pelajaran yang aku dapat dari kejadian hari ini, tak semua perkara aku boleh kawal. Macam, bila kakak cemburu dengan adik… padahal aku dengan abi dia sayang sama je. Itu aku tak boleh kawal, aku dan abi anak-anak cuba seadilnya dalam bagi kasih-sayang.

Tapi, untuk diri aku sendiri, perasaan dalam diri aku boleh kawal. Aku pun tak pasti dia tengok mana bab pukul-memukul ni sebab kami anak-beranak takde dan tak pernah biasakan pukul-memukul ni. Aku assume dari cerita kartun yang dia tengok. So aku dah bagi tau abi dia, lepas ni cerita apapun hatta kartun ada limitnya untuk anak-anak.

Anak ni amanah. Bila kita salah ‘menjalankan’ amanah nanti pemilik amanah tanya apa kita nak jawab.

Apapun… selaku mak ayah, jom lah kita belajar kawal diri dn akhlak kita. Anak takkan tiba-tiba jadi “malaikat” atau tiba-tiba jadi “azazil”. Korang fahamkan. Kalau anak something wrong, jangan melulu tuduh orang, jom cek diri kita dulu.

Okey, aku end dulu membebel malam ni. Terima kasih sudi membaca luahan hati mak anak kembar ni. Aku nak sambung kerja yang kononnya mem’busy’kan aku hari ni. Bye.

Assalamualaikum!

13924971_621004734728215_1294284338552223934_n
Maryam dan Mardhiyah waktu umur 5 bulan. Umi akan rindu waktu korang comel-comel ni nak.Β 
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s