Buat apa selepas berkahwin?

Hehe. Tajuk saja bagi gempak. Tapi memang nak cerita tentang life selepas berkahwin pun. Ni lah baru ada masa untuk menulis. Lepas anak-anak dah tidurrrr…

Yaaa.. Alhamdulillah, Allah kurniakan saya dan suami sepasang kembar gegirl yang comel dan insyaa Allah calon wanita Solehah (Allahumma aminnn…)

Setahun yang lalu saya tak berkesempatan nak update di blog disebabkan berpindah ke kampung suami dan sibuk menjalani kehidupan di sana. Ceritanya kami dah rasalah macam mana hidup di kampung (bukan kampung sangat pun, bandar lah jugak Kuantan nun… heheh)

Ohya, kembar kami diberi nama Maryam dan Mardhiyah. Ha’ah. Sepatah je namanya. Tak ada puteri, nur, siti, etc etc. hehe Mudahkan kerja calon suami anak nak sebut waktu akad nikah nanti. LOL.

Anak-anak sekarang dah masuk 5 bulan dan 3.8 nanti insyaa Allah genap 6 bulan. Pengalaman mengandungkan, melahirkan insyaa Allah saya nak tulis dalam entry yang lain.

Yaaa… lepas berkahwin ni macam-macam perkara saya dan suami dah lalui. Antaranya berhenti kerja, mula bisnes, tutup bisnes, mula balik bisnes, pindah rumah dan macam-macam lagi.

Perasaannya seronok, masam, pahit, manis, sedih semua ada. Tapi alhamdulillah, setakat ni Allah beri kami kekuatan untuk lalui semuanya. Kami belajar banyakkkkkkk perkara juga lah.

Kami tau pengalaman kami tak seberapa dan perjalanan kami masih jauh. Sekarang ni dok risau juga memikirkan nak membesarkan anak pada zaman yang mencabar ni.

Okeylah, nak celoteh panjang lagi. Nak asah balik jari supaya tajam. Haha macam pensil pulak. Tapi kita sambung next entry eh.

Ni saya belanja gambar kembar. Memori yang takkan dilupakan saat melahirkan dieorang ni.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s