Kenduri Sambut Menantu

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk update blog. Hehe. Dah janji nak cerita pasal kenduri sambut menantukan.

Sebelum tu kami memang sepatutnya ucapkan rasa syukur kepada Allah swt yang telah memudahkan segalanya dan juga keluarga yang banyak membantu. Tanpa keluarga siapalah kami.

Kenduri sambut menantu (kenduri belah pengantin lelaki) telah diadakan pada tarikh 11 April 2015 (Sabtu). Oleh kerana majlis dibuat untuk meraikan pengantin, kami balik ke Kuantan pada hari khamis (9 April 2015).

Mengikut adat, isteriย tak ikut suami balik ke rumah mak mertua sebelum majlis berlansung. Jadi hari khamis haritu saya hanya singgah makan tenghari kemudian tumpang duduk rumah mak ndak (mak cik di Kuantan) selama dua hari sebelum majlis.

Katanya, sebelum majlis sambut menantu dibuat, pasangan tak boleh keluar bersama-sama takut jadi fitnah dan dikatakan belum berkahwin. Kerana melayu kaya adat jadi kita hormati sahaja apa yang dah dikatakan asal tidak melanggar syariat.

Pakaian untuk majlis sambut menantu ni kami pakai sahaja baju waktu kenduri belah perempuan. Jimat. Memanglah nampak sama sahaja tapi lebih baik jimat dari membazir. Beli baju cecantik, pakai sekali sahaja membazirkan?

Kenduri belah pengantin lelaki ni ramai saudara-mara dari belah Terengganu yang datang, Tapi sayangnya saya tak dapat jumpa semua sebab team pengantin dan pengantin perempuannya (saya) datang pukul 2.30 petang. Tetamu dari pukul 12 lagi dah ramai datang katanya.

Tiada bunyi-bunyian atau muzik sambutan yang mengiringi kedatangan kami tapi itu lebih baik. Waktu masuk beriringan dengan encik suami ke rumah mak ayah mertua, berdebar juga rasanya sebab jadi perhatian orang. Oleh kerana saya berniqab, orang mesti tertanya-tanya macam mana muka pengantin. Haha. Ni kelaka tau. Bayangkan petang lepas habis majlis ada jiran sebelah datang semula semata-mata nak tengok muka saya. Sabar jelah kak.

Kenduri sambut menantu ni tujuannya lebih kepada untuk mengeratkan hubungan dua belah keluarga sebenarnya. Alhamdulillah, keluarga pihak perempuan dilayan dengan baik. Terasa hubungan kekeluargaan yang erat. Siapa kata berkahwin ni memisahkan anak dengan keluarganya? Terbukti yang perkahwinan ni menambah bilangan keluarga. Jadi makin meriah!

10463732_431461737015850_3571614648022999633_o
Selepas makan kita bergambar pula. ๐Ÿ˜€
11155096_431461743682516_2311979581976097030_o
Inilah saudara-mara saya yang hadir.

Majlis tamat pukul 5 petang. Jadi bila semua tetamu dah balik kami pun mengemaslah. Penat tapi gembira sebab diraikan sebagai keluarga.

Keesokan harinya saya sempat belajar cara buat Kuih Bakar kegemaran encik suami. Hehe. Kene belajarlah apa yang suami sukakan. Senang je kalau tengok cara nak buat kuih bakar yang mak mertua ajar ni tapi jadi ke tak belum tahu sebab belum pernah cubaย buat sendiri.

Lepas kenduri saya dan encik suami tinggal selama dua malam di rumah mak dan hari isninnya kembali semula ke rumah kami di Sungai Buloh, Selangor.

Insyaa Allah selesaiย sudah cerita tentang kemeriahan kenduri-kendara walimatul urus kami #SakinahAzlan #AzlanSakinah .

Banyak lagi kisah yang akan kami update selepas ini. Ohya, saya dan encik suami baru balik dari Family Day Uwan Temah di Port Dickson. Insyaa Allah saya akan ceritakan nanti.

Jumpa next entry ya!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s