Langkawi Kami Datang (Part II)

Akhirnya terluang juga masa menulis entry “Langkawi Kami Datang” part II ni. Hehe. Macam Twilligt pulak kan ada part2 ni. So here we go.

Hari Ke-3

Hari ni macam biasa bangun pagi. Selepas selesai semua rutin pagi kami turun breakfast untuk hari ketiga. Malam sebelumnya dah bincang-bincang dengan encik suami untuk naik Langkawi Cabel Car.

Pengalaman naik cabel car ni dah ada sekali waktu ke Genting Highland 4 tahun lepas. Sebenarnya takde la berani sangat naik tempat-tempat tinggi ni tapi acah-acah berani jelah. Kalau tidak tak merasalah pengalaman yang luar biasa sikitkan.

Masa yang diambil untuk sampai ke puncak dalam 15 menit. Pemandangan sepanjang dalam cabel car tu memang sangat cantik. Bayangkan ada tourist namakan Langkawi ni Hawaii Malaysia.

Tiba di puncak biasanya pelancong (kami pun feeling pelancong jugaklah) pulun ambil gambar. Tengah syok-syok ambik gambar tu nampak ada satu pasangan ni (orang Malaysia) tengah ambil gambar sambil pegang sigh “Say YES to HUDUD”. Memang terbaiklah! Support sampai ke puncak Langkawi tu.

Bila dah pusing-pusing ambil gambar dalam setengah jam akhirnya kami pun turun semula. Nak duduk kat atas tu lama-lama cuaca pula tak mengizinkan. Panas tebakaq. Yelah, waktu tu dah pukul 11.30 pagi. Matahari dah tinggi.

Ohya, Cabel Car ni terletak di Oriental Village, Telaga Harbour Park. Tiket naik cabel car tu dalam RM30 seorang. Sebelum naik cabel car kita akan dibawa masuk dalam satu pawagam kecil untuk tengok satu show 3D. Enjoy jelah. Pening kepala sebab show tu tentang naik roller coaster. Haha.

Langkawi Cabel Car ni ada macam-macam pakej. Korang boleh cek dekat website dieorang ni. Langkawi Cabel Car.

Aktiviti tak lah extrem mana tapi penatnya macam panjat gunung. Mungkin sebab cuaca panas. Jadi lepas tu kami balik ke hotel.

11022560_427292147432809_6698856366687473560_o
Pemandangan dari atas ketika sampai di perhentian 1 cable car.
11129627_427291167432907_7941771339114226878_o
Inilah dia Orental Village. Tempat naik cabel car.
11130374_427291677432856_3993018231407742640_o
Dalam cabel car
11053660_427290774099613_134343652391392202_o
Depan Oriental Village
11080336_427292027432821_3870671964050258730_o
Kredit kepada jurufoto terbaik, Encik suami.
11103004_427290860766271_3093072039956013256_o
Posing sahaja. Tak naik. Hehe
10842320_427290937432930_1280859462037161048_o
Akhirnya terbeli topi kedua. Haha. Yang first tinggal kat rumah mak.

Hari ke-4

Hari ni kami bertukar penginapan. Dari Alia Residence dekat Padang Mat Sirat ke Pantai Cenang. Kali ni kami menginap di AB Motel. Yang ni murah sikit la. Dalam RM90 satu malam. Budget hotel tapi yang bestnya dekat dengan Pantai Cenang yang terkenal dengan pantai pasir putih. Motel ni pun kami tahu sebab pak cik teksi yang kami kenal waktu hantar kami ke cabel car hari sebelumnya bagi tahu.

Dekat Pantai Cenang ni lagi ramai pelancong. Sampai dah tak nampak orang tempatan. Haha. So, lepas Check in kami pergi cari makan tenghari dulu dekat Cenang Mall. Oleh sebab malas makan luar, kami tapau je bawa ke motel.

Waktu nak masuk motel tu ada tourist guide tawarkan pakej melawat 3 buah pulau dengan bot. Naik ramai-ramai. Bila tengok pakej yang berbaloi (RM25 seorang) kami pun okey jelah. Sementara pukul 1.30 tengahari tu kami rehat dan solat dulu.

So nama aktiviti ni “Island Hopping”. Lawatan ke tiga buah pulau, Tasik Dayang Bunting, Puau Singa Besar dan Pulau Beras Basah. Kat bawah ni ada detail-detailnya.

1. Pakej Island Hopping

*Pusing pulau menaiki bot melawat ke 3 pulau pilihan; Tasik Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah.

*Trip pertama (9.00 a.m-2.00 p.m), Trip kedua bermula (2.00 p.m-6.30 .pm)

*Tasik Dayang Bunting telah wujud sejak 280 juta tahun yang lalu dan salah satu pulau yang diisytiharkan kawasan geopark oleh UNESCO.

*Aktiviti termasuk mandi laut, bagi makan ikan, bagi makan burung helang atau eagle feeding.

*Gambar tasik dayang bunting, ikan dan pulau gergasi.

*Mandi pantai di pulau beras basah aktiviti parasiling dan banana boat.

Antara tiga-tiga pulau tu Pulau Beras Basah paling cantik. Katanya kat situ pengambaran filem pertama Hitrik Roshan dibuat. Hehe Entahlah sohih ke tak.

So, bila dah penat daki bukit nak ke Tasik Dayang Bunting, Syok tengok boatman bagi burung helang makan dan santai-santai makan meggi (RM3 tau… Jadi sila bawa bekal kalau nak jimat) kat Pulau Beras Basah, kami balik dalam pukul 5.30 dan sampai ke motel dalam pukul 6.

Malamnya kami ingat nak jalan-jalan ambil angin sekitar Pantai Cenang tapi hujan pula jadi tengok TV jelah kat Motel. Malam tu pula orang sibuk-sibuk pasal GST. So layannn.

11074601_427292564099434_5214835481622468737_o
Ini dia pemandangan di Pantai Chenang.
11103005_427292777432746_91502867108209236_o
Sebelum “Hopping Island”
11080385_427292874099403_7894738834196087772_o
Di Tasik dayang Bunting
11082223_427293090766048_3607741857557204972_o
Kesian kat uncle yang berdiri tu, dia terjatuh waktu nak basuh kaki tepi laut. Luka kat tangan.
10922286_427293234099367_230593176348221410_o
Boatman bagi makan helang dekat Pulau Singa Besar

Hari Ke-5

Jadi inilah hari terakhir kami di Pulau Langkawi. Flight pukul 10.45. Kami check out pukul 7.30. Haha fobia tak nak kene tinggal flight. Tapi sebelum ke airport kami sarapan dulu depan pantai. Menikmati pemandangan terakhir di Langkawi. Lepas ni nak balik kene menghadap realiti di KL.

Lepas sarapan berbayar di restoren AB Motel kami ambil teksi ke airport. Beratur nak drop baggage je dah sejam. Bayangkan kene bagi peluang pada orang lain yang flight lebih awal untuk check in dan drop baggage dulu.

Tepat pukul 9.30 kami selesai urusan drop baggage dan tunggu di gate 4. Flight delay lagi. Jadi penantian sejam bertambah dua jam. Akhirnya pukul 11.30 flight Air Asia AK6307 boarding.

10549998_427293447432679_8447594514716015471_o
Dia… 🙂
10988335_427293634099327_5317197485949694015_o
Sebelum berangkat pulang

Dalam hati kami risau kereta yang ditinggal lama dekat tempat parking. Haha. Akhirnya. Kami tiba dengan selamat di KLIA2 pada pukul 12.30. Sekali lagi kami naik KLIA Ekspress ke KL Sentral.

Akhirnya percutian kami tamat. Ohya, sebenarnya dalam perjalanan nak ke KLIA2 waktu hari pertama tu kami berkenalan dengan sepasang suami isteri yang sangat loving dari Sarawak. Mereka ke KL untuk menghadiri perkahwinan anak saudara mereka. Dieorang sangat ramah dan sempat bagi tau kami tempat yang best makan mee hon sop. Tempatnya di Kuah, tapi sebab kami tak sempat ke Kuah jadi tak merasalah mee hon sup Mak Teh tu.

Jadi kat sini beberapa tips untuk korang yang nak pergi honeymoon.

1. Bawa buku catatan dan pen untuk catat semua detail perjalanan korang. Mana tahu boleh buat buku kan. Saya lupa bawak jadi encik suami belikan buku dekat KL Sentral.

2. Always prepare for the worst. Kadang-kadang informasi yang kita dapat tak sama dengan realiti. Contohnya tambang teksi. Dekat-dekat punya perjalanan pun kene cas sampai RM20! Jadi sentiasa bersedia okey.

3. Manfaatkan fasiliti hotel/homestay sebaiknya. Setiap hotel ada sediakan tempat masak air, kopi, gula, teh, creamer. Jadi berjimatlah sebab selalunya bila melancong atau jalan-jalan ni segala kos jadi lebih mahal. Dah nama pun bercutikan.

4. Always ask! Jangan malu bertanya. Hakak receptionist tu tak marah pun. Contohnya mana tempat menarik dekat-dekat hotel. Atau apa lagi kemudahan hotel (yang tak berbayar) yang boleh korang dapatkan. Ha, tanya… kalau tak tanya mana nak tahu!

5. Senyum! Iya, senyumlah walaupun dengan pak guard atau pak cik teksi. Senyum korang tu membuatkan orang senang untuk menghulurkan bantuan jika diperlukan.

6. Pakaian bawa seadanya sahaja. Basuh apa yang patut di hotel. Ini life survive skill namanya. Satu lagi tips nak meringankan beg korang. Hotel sentiasa sediakan tuala untuk pelanggan mereka jadi kalau korang bukan OCD tahap kronik yang tak rasa geli share tuala (yang bersih dan dah basuh ya!) bolehlah pakai tuala yang hotel sediakan.

7. Makan breaskfast di hotel like a king! Jangan nak mengada konon-konon malu nak makan banyak nanti orang kata ape. Hei. Korang bayar untuk duduk di hotel dan makanan tu pun korang bayar. Jadi makan kenyang-kenyang. Dah jimat duit makan tengahari tau.

Jadi inilah kisah honeymoon kami. Sebenarnya kami memang punya cita-cita nak mengembara dan backpackers lagi. Mungkin hujung tahun ni? Destinasi kemana belum tahu.

Insyaa Allah jumpa lagi next entry ya!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s