Langkawi Kami Datang! (Part I)

Assalamualaikum semua! Seperti yang dijanjikan saya nak tulis pasal entry honeymoon ke Langkawi. Sebelum tu nak ucapkan setinggi-tinggi syukur kepada Allah swt atas segala nikmat yang telah diberikan kepada kami. Sabtu lepas (11 April 2015) telah selesai majlis sambut menantu. Bedebar jugak menanti majlis ni sebab masa nilah saya selaku menantu baru akan berkenalan dengan family encik suami. Syukurlah semuanya dipermudahkan dan saya dapat ahli keluarga baru yang baik, sporting, loving dan caring. Insyaa Allah entry tentang majlis ni saya akan tulis dalam entry ke-4 tentang weeding #sakinahazlan. Cewah! Hehe. So entry kali ni saya tulis ikut hari lah ya. Supaya tak letih mata membaca.

Hari 1

Setelah parking kereta di tempat yang selamat, kami berjalan sikit ke KL Sentral untuk naik KLIA Ekspress menuju ke KLIA 2. Hoho, walaupun nak pergi honeymoon, jangan ingat semuanya manis ya. Sempat jugaklah saya dengan encik suami bincang-bincang serius sebab harga tiket KLIA Ekspress agak mahal. RM 35 seorang. Jadi #tipsmelancong untuk semua. Sediakan duit emergency dan buat research awal tentang perjalanan anda. Alhamdulillah, selesai beli tiket, kami isi perut dulu di KFC KL Sentral sebab nak saving dari makan di airport. Selepas makan, dalam pukul 1.30 kami naik train KLIA Ekspress. Setengah jam perjalanan akhirnya kami sampai ke KLIA 2.

Ini pertama kali kami berdua menjejakkan kaki ke KLIA 2. Ingatkan salah tempat sebab masuk-masuk je macam masuk dalam Mall. Rupanya memang KLIA 2 ni di design seperti itu. Haih, kalau tak kuat iman mau rabak poket shopping. Haha. Oleh kerana encik suami dah online check in, kami terus daftar masuk baggage sahaja. Untuk pengetahuan semua, jika anda menaiki air asia anda perlu buat self check in (ada mesinnya di air port) atau online check in. Kalau tidak, anda perlu bayar RM10 untuk minta staff air asia check in kan. Fuh, Hebat Tony Fernandes buat duit. Selesai daftar masuk baggage, kami lepaking suami isteri. Jangan risau dekat KLIA 2 banyak kerusi rehat dan orang yang takut tertinggal flight macam kami ni memang ramai duduk lepak dulu untuk tunggu flight 2 atau 3 jam lagi.

Jenuh jugaklah duduk lepak, akhirnya kami pergi cari air minum dekat 7E. 7E di KLIA 2 sebelah MPH ya. Lepas minum-minum saya memenuhi nafsu hantu buku di MPH. Tak membeli pun. Tengok je. Selepas 10 menit kami ke surau kemudian ambil keputusan untuk terus tunggu flight di ruangan menunggu. Punyalah lama tak naik flight saya punya gabra waktu nak cek kastam tu lain macam je rasanya. Tak de ape  pun. Gabra je. Kami berjalan hampir 3 KM nak ke gate K14 tempat menunggu tu. Pegh… Jauh jugaklah. Tapi arkitek KLIA 2 ni pandai, dekat setiap gate dia sediakan pelbagai kemudahan seperti surau, cafe, tempat charging dan toilet.

Nak shopping last menit pun boleh tapi pastikan duit berkepuk ya. Sambil-sambil tunggu flight pukul 7.45 (delay 40 menit) akhirnya kami berangkat ke Langkawi. Bila dah setengah jam dalam flight tu tiba-tiba pramugari umumkan nak nyayi lagu “Happy Birthday” untuk dua orang budak perempuan comel. Yang saya ingat sorang nama Aina, sorang lagi lupa. Hehe. Punya sporting, satu flight nyanyi. Tapi tak tahu budak kecik comel dua orang tu faham tak. Tepat pukul 9.00 flight landing di Langkawi Airport. Alhamdulillah bersyukur sangat. Dalam otak dah fikir nak cepat sampai hotel je sebab badan dah penat.

10465527_427290117433012_2214587296300601621_o
Now everyone Can Fly (with extra charge) Huhu
11000123_427290180766339_6077285813131142846_o
Tempat menunggu ke KLIA 2
11013510_427290174099673_2453627253470946657_o
Like a boss je duduk. Huhu

Sampai-sampai pulak hujan renyai. Rasa takut jugak sebab first time travel sama-sama. Kira asing jugaklah sebab saya dulu pergi Langkawi waktu umur 5 tahun. Akhirnya selepas cari-cari teksi selama 5 menit (senang je nak dapat teksi) kami pun bertolak ke hotel. Brader teksi tu kata hotel yang kami menginap tu tak jauh pun. Dalam 10 menit. Dah sampai hotel, check in semua tiba-tiba perut lapar. Huhu. Blur nak makan apa. Bekal pun tak bawa. Last makan KFC dekat KL Sentral. Nasib baik sebelum naik hotel nampak orang jual burger seberang jalan. Jadilah menu makan malam kami burger Langkawi. Hehe. Badan dan penat, makan sudah so rehat lah sementara nak menunggu hari ke-2.

10847755_427290550766302_3564750406599841672_o
Ni pemandangan depan swimming pool Alia Residence.

Hari ke-2

Package yang kiteorang ambil dengan Alia Residence ni ada sarapan. Biasanya semua hotel buat macam tu kot. Kira murahlah sebab dapat harga promosi kata encik suami. Jadi pagi-pagi lagi dah ingat nak makan sarapan di kafe hotel. Sarapan di hotel tak dinafikanlah ke sedapannya. Pilih je, nak Western style ke, Melayu style ke, semua ada. Kami decide nak makan sarapan watern (Ceh!) jadi bedallah coco crunch dan susu segar ditambah buah-buahan segar. Air pun minum air jus. Dah kenyang sarapan kami turun ke belakang hotel nak tengok pantai. Sedih jugak sebab tak dapat nak mandi-manda tapi takpelah, kolam renang besar ada. Huhu. Cantik pemandangannya walaupun pantai lumpur. Hari ke-2 ni kami tak decide nak pergi mana-mana pun, memang nak luangkan masa bersama.

11080563_427290490766308_255223130611513075_o
Jauh merenung tu. Hehe
10828054_427290514099639_4292907077978351118_o
Pasir putih dekat ruang riadah.
10549053_427290744099616_1521022355616744151_o
Breakfast like a king tu. Sampai dua dish!

Walaupun dah kenal hampir 4 tahun tapi banyak lagi sebenarnya yang kita perlu kenal dan tahu tentang pasangan. Jadi kami lepak-lepak jelah dekat tempat yang disediakan depan kolam. Nak berenang takde pakaian renang pulak. Pool kat sini kita tak boleh suka-suka hati masuk. Petang sikit kami hunting makanan. Ada kedai best sebelah hotel. Seingat saya kedai tersebut kedai masakan Thai. Saya makan Mee hon Ladna, encik suami makan mee meggi sup thai. Alamak nyesal pulak rasanya tak amik menu sama dengan encik suami. Haha. Sebab mee hon saya masin sikit. Dia punya sedap. Dah kenyang, kami sambung jalan-jalan area hotel. Menikmati pemandangan dan sunset. keindahan ciptaan Allah.

*To be continue. Lama sangat artikel ni jadi draf. Huhu Insyaa Allah lepas ni luangkan masa lebih sikit story part II Langkawi Kami Datang!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s