Kisah Kami

Alhamdulillah, ada sedikit masa untuk bercerita tentang kisah kami.  Cerita ini sekadar perkongsian bersama, ambil yang baik sahaja ya. Kisah kami mungkin tak muat dalam satu entry, akan bersambung-sambung di lain entry atau mungkin menjadi sebuah buku? Hehe. Kalau ada rezeki insyaa Allah.

Lagi-lagi syukur kepada Allah ketika kami berjaya disatukan sebagai suami isteri pada 28 Mac 2015 yang lalu. Hari ini genap 11 hari kami menjadi suami isteri. Majlis kami simple sahaja. Macam entry yang lepas, saya ada cerita yang saya takde hand bouquet pun walaupun sebenarnya teringinlah jugak pegang bunga ditangan macam orang lain. Hehe.

Hantaran 5 berbelas 7. Yang paling saya terkejut dan teruja tiket flight ke Langkawi salah satu dari isi dulang. :’)

IMG_1739
Tu dia.

Baju pengantin pun simple, tiada hiasan-hiasan berat apatah lagi crown. Hik. Biarlah tudung dan niqab sahaja menjadi ‘crown’ saya. Walaupun pakaian simple tapi rasa banyak juga berhabis untuk pakaian. Alhamdulillah, pakaian akad nikah belah perempuan di sponser oleh pak teh dan mak teh saya. Kalau tak cadangannya nak pakai baju tunang je. Hehe. Yang paling klaka tudung macam tudung budak sekolah agama. Akhirnya tatak berikan tudung cream yang sesuai dengan baju akad nikah.

IMG_1707
Masa sarung cincin.

Jutaan terima kasih kami suami isteri ucapkan kepada Pak Cik Suarin dan Cik Nuri kerana telah menjadi tuan rumah pada majlis kami. Tanpa bantuan pak cik, mak cik, saudara-mara mungkin tak terbuat segala persiapan. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Insyaa Allah kami kenang segala jasa hingga ke akhir hayat.

Walau begitu, majlis kami tetap meriah dengan kehadiran sanak saudara yang jauh juga yang dekat. Tan Sri Kadir Syeikh Fadzil pun datang selaku tetamu abuya. Beliau berikan kami hadiah home theater yang kami pun tak tahu macam mana nak pasang. Terima kasih Tan Sri. Insyaa Allah home theaternya akan kami manfaatkan dengan baik.

Tapi hadiah kawin pertama yang saya terima adalah hari anek berupa sebuah beg tangan hitam yang cantik. Family Mak Ngah JB bagi set bekas kuih raya vintage. Raya tak yah beli bekas dah. Mak Ndak dan keluarga pula bagi set cawan cantik. Pak Cik Mazlan beri kami sejadah dan buku fiqh keutamaan. Alhamdulillah, semua hadiah bermanfaat. Tiada yang dibazirkan Insyaa Allah.

Selain hadiah kawin, isi goodies beg tetamu iaitu buku yassin disponser oleh syarikat Yamani Angle dan buku al mathsurat dan yassin disponser oleh Pustaka Darul Iman. Ngah Milah dari Kuantan pula meriahkan lagi isi goodies beg dengan cup cake coklat yang lembut gebu. Kak.yong dan abang Thoriq pula sponser bunga telur. Mashaa Allah. Terasa terlalu banyak nikmat Allah berikan. Terima kasih pada semua.

Orang kuat majlis atau orang pangkal pada majlis kami di Maran adalah anak kepada Pak Cik Suarin dan Cik Nuri iaitu Syafiq atau kami sedara-mara ni panggil Emon. Beliau ni perah keringat dari cari kayu api sampai padam bara api kalau nak diibaratkan. Terima kasih Emon. Kawin nanti kabo awal-awal tau. Ecik dan Acu juga banyak membantu. Tanpa mereka semua ni tak berserilah majlis kami.

Selain dari itu, syarikat baru keyboard.my yang di incharge oleh Salman turut memberi sponser kad kawen comel. Takmi dan abang Pendi sponser banner besar sebagai backdrop meja pengantin, banting dan penanda arah. Terima kasih semua. Insyaa Allah perniagaan kalian akan terus maju.

*Maaf semua sebab belum dapat masukkan semua gambar.

Tak terasa waktu berjalan pantas, hari akad nikah beserta majlis walimatul urus selesai pada pukul 5 petang. Kami mula menyinsing lengan mengemas apa yang patut. Pada malam hari, sanak-saudara mengadakan sesi BBQ, tapi yang paling penting, merasa jugalah kami baruh periuk belanga walaupun tak banyak.

Namun apa yang paling penting adalah keizinan dari mak ayah kami berdua. Terima kasih kepada mak, ayah, mak, abuya sebab memberi “green light” untuk majlis ini. Mungkin tak tersebut semua segala jasa dan kebaikan tapi doa kami sentiasa ada untuk mereka yang telah membesarkan kami hingga berjaya.

10465527_427290117433012_2214587296300601621_o
Terbang bersama air asia 🙂

Pagi 29 Mac 2015, kami membeli sarapan di Pekan Sehari Maran. Tak belengah-lengan pukul 10 pagi kami terpaksa bergegas balik ke KL kerana mengejar tiket flight ke Langkawi pada pukul 7 Malam. Pengalaman pernah terlepas flight membuatkan saya lebih berhati-hati. Biarlah menapak 3 jam kat airport dari terlepas fliht. Hik.

Ini merupakan pengalaman pertama encik suami menaiki flight, saya yang konon-konon pro kecut perut pada malam itu kerana flight air asia dari KLIA 2 ke Langkawi Airport pada malam itu mengalami sedikit gegaran akibat cuaca hujan. Encik suami steady je. Beliau enjoy pemandangan malam dari atas flight.

10549998_427293447432679_8447594514716015471_o
Sebelum balik. Di Pantai Chenang. Cantik pantainya
11080336_427292027432821_3870671964050258730_o
Ketika menaiki cable car. Kisahnya akan saya ceritakan nanti.

Setelah 5 tahun saya tidak menaiki flight, pengalaman pertama travel bersama encik suami diserikan lagi dengan sambutan hari lahir dua orang kanak-kanak. Kami satu flight menyanyikan lagu “Happy birthday” kepada dua orang kanak-kanak yang berusia dua tahun tersebut.

Ketika flight memasuki langit Langkawi, gegaran sudah tidak terasa. Kami landing dengan selamat di Langkawi Airport. Terima kasih pailot dan crew AK 6316 atas layanan yang baik.

Teruja dan penat akhirnya membawa kami check in di Alia Residence Business Hotel di Padang Mat Sirat. Hotel yang cantik berlatar belakangkan laut tambak Selat Melaka.

10988335_427290544099636_7713321260526016147_o
Ini dia tempat penginapan kami.
1836624_427290634099627_622156715786748320_o
Rehat-rehat melihat laut Selat Melaka. Tak boleh mandi sebab pasir lumpur.

Insyaa Allah bersambung ❤ Nak cerita perjalanan di Langkawi selama 4 hari 3 malam pula lepas ni.  Orang kata, cuti-cuti dalam Malaysia dulu sebelum keluar negara. Hehe.

Advertisements

2 thoughts on “Kisah Kami

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s