Perjalanan Dua Orang Bakal Pengantin

Salam korang, huh baru nilah tulis entry bagi salam. Bagus betul. T.T. Korang tolong redakan debaran di dadaku ini. Aiseh… Rasa-rasa masih dalam mimpi ni bila dok kira-kira hari rupanya kurang lebih 20 hari lagi bakal jadi isteri orang. Macam tak percayeeee jeeee.

Kalau sebut pasal perkahwinan, dalam kamus hidup saya ni memang panjanglah citenye, tapi kalau nak dipendekkan akhirnya (insyaa Allah dengan izin Allah) saya akan bernikah dengan encik tunang hujung bulan Mac ini iaitu tepatnya 28 Mac 2015.

Kalau korang nak tahu tulis blog ni pun bulu roma tengkuk ni menegak tau tak. Betoi ke idok ni.

Kami berdua sepakat bahawa perkahwinan impian kami adalah perkahwinan yang sederhana sahaja. Sederhana tu macam mana? Sederhana tu seperti yang dianjurkan Islamlah. Tidak berlebih-lebihan dan tidak “fairytale”.

Sebenarnya banyak juga pernikahan orang lain yangΒ memberi pelajaran kepada saya. Pelajaran yang paling berharga adalah;

Jangan ikut-ikut trend dan budaya orang

Iya. Kadang-kadang selimut tetangga lebih gebu dan wangi dari selimut kita yang kepam dan kusam. Tapi janganlah bermimpi memiliki selimut tetangga kalau tak mau basuh selimut sendiri bagi wangi.

Kalau kita tengok orang lain kawen pakai kain batek je sebab dia teringin sangat nak kawen macam orang dulu kala (contoh yee) tak semestinya kita pun kawen kene pakai kain batek jugak kan.

Sebaik-baik contoh adalah Islam. Kalau Islam kata beri makanan yang baik-baik kepada tetamu maka kita berikanlah makanan yang baik-baik tapi bukan membazir.

Pakailah pakaian terbaik, janganlah pakai pakaian yang dah dopoloh kali pakai untuk hari istimewa korang. Ingat satu je. Jangan berlebih-lebihan.

Jadi dah lah saya membebelnye. Ni nak share gamba-gambar yang memberi inspirasi untuk perkahwinan nanti. Insyaa Allah.

10683531_955279454498187_2814194985798968370_o

10672193_955332511159548_8140375158005384331_n

10671501_352374461606137_3040506317527050217_n

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s