Berapa Result SPM Awak?

Hoh, pertanyaan paling ngeri sekali kalau lepas ambil result adalah pertanyaan di atas. Sebab apa ngeri, sebab tak semua pelajar dikurniakan rezeki untuk dapat result cemerlang dan bersinar bak bintang. Dan orang itu salah seorangnya sayalah.

Tahniah akak ucapkan kepada adik-adik yang baru sahaja mengambil keputusan SPM tahun 2014 hari ini. Flying colours atau Flying Papers terima dengan muhasabah. Jika dapat result gempak adik-adik telah memperolehi tiket untuk menentukan hala tuju selepas ni. Manfaatkan kejayaan adik-adik dengan sebaiknya.

Jangan lupa sujud syukur. Iyalah, sebelum peperiksaan kita bertungkus lumus study dan solat hajat minta pada Allah apa yang kita nak kan. Dah dapat kita kenalah bersyukur. Malah ibadah perlu semakin ditingkatkan supaya kita tak alpa dengan kejayaan yang diperolehi.

Buat adik-adik yang dapat result “Flying papers”. Jangan bersedih dan berduka seolah-olah esok sudah tiada hari untuk berjuang. Benda yang orang selalu cakap, ramai orang berjaya dan kaya datang dari orang yang “biasa-biasa” sahaja di alam persekolahan. Malah ada yang “Drop Out” dari sekolah atau universiti tetapi berjaya mencipta kejayaan dalam dunia kerjaya.

Walaupun tak berjaya mencipta result gempak, jangan berputus asa. Tingkatkan usaha ketika di alam kolej/Universiti dan tingkatkan juga ibadah! Ya… ibadah tu ibarat nasi dan oksigen bagi kita.

Saya ada sebuah kisah yang diceritakan oleh classmate waktu belajar dulu, ditakdirkan setiap sem beliau DEKAN. Eh, genius ke dia ni?

Pak pandir omputeh. Ada-ada je dia ni.

Tak! beliau tak genius. Belajar pun sama macam kawan-kawan yang lain sebab semua berebut-rebut untuk dapat result cantik. Jadi kami semua study hard. Tapi apa yang membezakan beliau dengan saya dan kawan-kawan yang lain? Kenapa beliau dekan tiap sem?

Rahsianya… jeng jeng jeng… Rahsianya adalah beliau tidak meninggalkan solat DHUHA.

Eh, dhuha bukan untuk murah rezeki ke? Iyalah dik… Dapat result yang baik pun merupakan rezeki dari Allah. Bukan semata-mata usaha kita.

Jadi, jangan risau kalau kita ni tak cerdik, tak pandai, lambat pick up atau apa sajalah istilah yang orang nak kata. Yang penting usaha kuat dan jaga ibadah.

Hmm, berapa result SPM awak?

Andai ada yang bertanya adik-adik jawablah bangga. Result saya ……., saya dah berusaha dan akan terus berusaha. Insyaa Allah suatu hari nanti saya akan jadi insan yang lebih berjaya dari sekarang.

————————————————————————————————-

Kemana target adik-adik lepas SPM? Ada yang target nak keluar negara? Apa kata adik baca buku yang akak tulis khas untuk adik-adik semua. Tajuknya, “dari Seberang”.

Dalam buku tersebut ada bab khas untuk adik-adik dimana akak sharekan tips bagaimana cara untuk belajar di negara orang. Bukanlah tips sangat pun… Tapi lebih kepada cerita dan pengalaman akak ketika pertama kali menjejakkan kaki ke Indonesia. Sampai sesat tauuu… Huhu.

Harga buku tersebut hanya RM15. Kalau nak beli online tambah RM6 sahaja untuk postage. Kalau berminat boleh email akak ya. ummusakinah99@gmail.com atau PM facebook akak. Sakinah Muhammad.

10379879_845902422094179_771174437050962351_o

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s