Subuh? Pagi? Saya suka!

Hok aloh, lame deh kawe dok update post kat blog ni. Maklumlah, kerje… busy cari nafkah. Hehe. Awalannya saya nak update pasal “Whats goes around comes around” atau bahasa sanskritnya karma. Tapi nak menulis entry macam tu kene ada mood jadi saya ambil keputusan update entry lain dululah.

Korang dah baca belum post pasal I Have a Great Life dengan Penulis Buku Kanak-Kanak? Dua-dua post ada sikit ceritaย pasal perjuangan saya bangun pagi. Awalnya memang seksa. Haha, Yelah… biasa nak hujung subuh baru bangunkan? Matahari dah nampak sikit baru bangun. Plot twist. Ni gelap-gelap buta waktu embun turun tulah kita kene bangun.

Kalau tak set satu matlamat untuk bangun memang kita akan rasa “tido lagi sodap wei…”

Ye… tido lagi sedap. Tapi banyak bende istimewa terlepas kalau kita tido je.

Tak kiralah, apapun matlamat korang diwaktu pagi. PASTIKAN, korang bangun pagi setiap bari SEBELUM MATAHARI TERBIT. Ha, capslock sampai. Pagi tu bukan pukul 7, 8, 9 atau 10 ye. Pagi adalah sebelum subuh. Antara pukul 4-6 pagi.

Terlalu banyak kelebihan bangun subuh ni.

Kalau kata nenek moyang kita, “Kalau bangun lambat rezeki di patuk ayam.”

Malu wei… Takkan kita kalah dengan ayam.

Rezeki tu tak semestinya duit. Kamon la… Rezeki tu macam-macam tau. Mood yang baik, panjang umur, muka berseri, keluarga bahagia, anak ramai, isteri solehah, suami soleh, suasana yang damai dan tenteram, tiada bunyi bising membingitkan telinga itu semua rezeki jugak.

Lagi satu korang tau tak, ade dua bende best yang korang dapat kalau bangun awal pagi ni.

Pertama,ย kebaikan mandi lepas subuh;

– Kulit lembut dan halus

– Melancarkan perjalanan darah

– Meningkatkan kesuburan

– Mengurangkan resiko darah tinggi

– Mengurangkan tekanan serta tenang

– Meningkatkan sel darah putih.

Full artikel korang baca disini — Harakah Daily

Yang kedua, embun waktu pagi ni membuatkan wajah korang berseri dan awet muda, menghilangkan jerawat dan memulihkan muka berminyak. Pegh… tak yah beli toner mahal dah lepas ni. Bangun pagi lepas tu basahkan muka dengan air embun. Cantik berserilah muka tu.

Percayalah… Korang akan rasakan perasaan terbaik kalau tengok matahari terbit.

Hek eleh… Cakap senanglah akak ni… Ye ke tidak dia bangun pagi. Korang, kalau saya tak buat dulu saya pun tak berani nak tulis. Artikel ni saya tulis sebab memang nak korang semua rasa kebaikan yang dah saya rasa (harap berkekalanlah kannn…)

Kata nak jadi tentera Allah. Bangun sebelum subuh dulu okey!

Dan korang tahu tak, bangsa Israel ni takut pada orang Islam yang bangun pagi dan solat subuh berjemaah di masjid. Selagi kita tak penuhkan saff subuh di masjid macam solat jumaat selagi tu Israel tak takut dengan kita.

Jadi, bila lagi nak berubah? Sekarang la…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s