Entry Sebelum Raya Cina

Hey raya! Hey raya! Selamat Hari Raya! Hahaha. *Macam saya pulak yang beraya sakannya*.

Sebenarnya puas cari idea nak menulis entry baru ni lepas menulis pasal Allahyarham Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Sehingga kini kisah-kisah beliau banyak meniti di media sosial. Kebaikan-kebaikan dan jasa yang telah beliau lakukan.

Kalau ada lalat seekor dua yang berbunyi tu biasalah… Yang pasti pemergian beliau telah memberi banyak pengajaran kepada kita semua.

Sian lalat. Akhirnya ke mulut katak juga.

Okey, balik kepada tajuk entry. Apa plan korang sebelum raya cina ni? Cuti lama wei… Kalau tak plan betul-betul boleh menternak lemak dan tahi mata jelah cuti 4 hari ni.

Sedap meow ni tido ye!

Seeloknya cuti-cuti macam ni kita kene perbanyakkan aktiviti yang produktif kan. Contohnya beriadah atau spring cleaning. Dalam lakaran minda saya ada beberapa perkara dah yang tertangguh dan perlu diselesaikan cuti ni.

Cumanya… macam mana nak pastikan segala yang dirancang terlaksana? Haa… Jangan lupa buat To-Do-List ye. Bangun-bangun tidur tu janganlah sambung tidur balik. Lepas pergi toilet, mandi, solat capai kejap buku nota dan tulislah apa pekerjaan yang korang nak buat hari tu. Tak perlu banyak-banyak aktiviti. Satu atau dua pun dah cukup asalkan BUAT! Hehe.

Cantik molek kalau ade note book gini.

Eh… Boleh ke kita pergi ziarah uncle sebelah yang sambut Gong Xi Fa Cai tu? Apa pulak tak bolehnya. Boleh… boleh… boleh… tapi niat untuk melawat sahaja ya. Bukan untuk merayakan perayaan mereka.

Hukum tentang merayakan perayaan agama lain boleh baca disini — Fatwa Merayakan Perayaan Agama Lain 

Macam yang saya sebut di atas la… Nak datang rumah uncle sebelah makan limau boleh… Tapi ada adabnya. Haa.. baca adabnya disini — Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Perayaan Agama Lain. 

Jadi, apa plan korang? Apa-apa plan, fikirkan keselamatan diri, keluarga dan iman korang ya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s