Pergimu Tak Terganti — Tribute untuk Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

10885130_785557241523226_490857284199705044_nAllahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat merupakan sosok pejuang kebenaran yang tegas. Meskipun berhadapan dengan pelbagai jenis lawan politik yang berbeza fahaman, pendapat beliau dihormati dan disegani.

Semalam dan hari ini dunia menyaksikan betapa teguh dan dedikasinya beliau dalam memperjuangankan Islam dengan lautan manusia yang hadir dalam majlis pengkebumian beliau.

Allah swt telah menetapkan bahawa tarikh beliau pergi iaitu 12 february 2015 merupakan tarikh yang sama juga dengan kesyahidan — Insyaa Allah, Imam Hassal al-Banna pada tahun 1945.

Sungguh, pemergian seorang ulamak bukanlah suatu perkara yang menarik untuk dirai. Ia merupakan musibah bagi umat Islam dan antara petanda-petanda kiamat makin hampir.

Ia juga petanda bahawa hari-hari yang akan kita 10013347_10206173738766342_8108150286071192274_nhadapi selepas ini adalah hari penuh perjuangan. Apa yang telah ditinggalkan oleh para ulamak adalah ilmu dan contoh akhlak terpuji sepanjang mereka hidup.

Tinggal kita memilih untuk mencontohi mereka atau masih tetap berdegil dengan nafsu.

Tuan guru, engkau layak mendapatkan penghormatan dari seluruh warga dunia. Kisah-kisahmu akan terus meniti di bibir kami sehingga ke anak cucu kami kelak. Kau punya bukti bahawa kau tidak inginkan dunia ini.

906091_925327927498869_4246560587345338044_o

Selamat berehat Tuan Guru yang kami hormati. Kami akan teruskan perjuangan mu menegakkan syiar Islam meski dengan jalan yang sama ataupun berbeza. Semoga beliau roh beliau ditempatkan bersama orang-orang soleh dan para syuhada’.

Advertisements

One thought on “Pergimu Tak Terganti — Tribute untuk Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s