Oh So Cute Adorable Fantastic Planner

Tajuk kemain english ye. Sekali tulis bahasa Melayu jugak. Heh. Ni nak tanya mengkome semua. Mengkome hari-hari ada tak tulis planner? Maksudnya pagi-pagi sebelum sampai ofis atau kelas tu korang ade buat To-Do List tak?

Saya belajar menulis To-Do List ni sejak belajar di KUIS dulu. Waktu tu jadual konon-konon penuh la. Contoh pelajar berjaya hehe. Jadi untuk mengelakkan lupa apa jadual kuliah dan assignment saya dengan rajinnya menulis To-Do List hari-hari.

Konon-konon cantek macam nilah waktu tulis planner.

Sampailah hari ni amalan menulis planner ni masih saya jalankan walaupun kadang-kadang lupa atau malas. heh.

Tahun ni saya takde pun membeli planner baru sebab dah dapat hadiah dari kakak tercinta. Satu jenis Islamic Diary/Planner dan satu lagi Muslimah Planner. Dua-dua planner ni bagus sebab ada macam-macam panduan, tips dan nasihat. Kira macam buku bacaan jugaklah.

Tapi baru-baru ni saya jumpa satu website yang sangatlah best. Bukan setakat planner. Dieorang ni ada jual diary, notes, hiasan rumah dan macam-macam lagi yang ala-ala vintage punya.

Apalagi, tergodalah saya. Huhu. Tapi kali ni tak beli untuk diri sendiri. Beli untuk kawan yang pernah jadi officemate saya dulu. Belikan sebagai hadiah (harap dia tak baca post ni hehe).

Harga pun tersangatlah murah. Nangis kot tengok harga dia. Apa ke ohsem sangatlah company ni sampai boleh bagi harga murah-murah untuk barang best. Planner serendah RM 6 ya kawan-kawan.

kalau korang tak percaya korang tengok gambar-gambar kat bawah ni.

Planner. Kalau korang suka style mcm ni kite geng.
Tabung kalau korang ade plan nak g honeymoon satu hari nanti.
Ni nama dia Box of goodness. Dalam dia ada note-note tau. Banyak jenis. Ni jenis note nak bagi korang gelak sepanjang masa. hehe
Ni macam frame. Kalau bagi hadiah kat ayah korang mesti beliau terharu.

Nilah sebahagian contohnye. Kalau korang jenis macam saya yang suka bende-bende vintage macam ni boleh klik kat sini tau.

Jadikanlah menulis perancangan tu suatu amalan. Beli planner lawo-lawo lepas tu tulis perancangan kita setiap hari. Percayalah, suatu hari nanti kalau korang baca balik planner tu korang akan dapat nilai kerje-kerje atau apa saja perancangan korang dah buat.

Islam pun ajar, “Kebaikan yang tidak terancang akan gagal dengan kejahatan yang dirancang.”

*Banyak betul typo post kali ni. 4 kali edit. Heh.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s