Penulis Buku Kanak-Kanak?

Ya ya ya, Sejak datang awal ke ofis ni semangat dan keazaman makin meningkat. Saya cuba belajar untuk tak peduli apa orang kata dan tetapkan diri pada perancangan. Iyalah, kalau asyik nak fikir apa orang kata bila kita nak maju, kan? Bayangkan kalau J.K Rowling peduli apa orang cakap dan kritik, apakah dia akan berjaya menghasilkan buku novel paling popular di dunia?

J. K Rowling. Ya saya tau beliau cantik macam saya. LOL

Nak dijadikan cerita akhir-akhir ni bos selalu sebut untuk hasilkan buku kanak-kanak. Kata beliau orang seusia beliau jarang dah perlukan buku, yang perlukan buku dan panduan adalah generasi kita-kita ni. Gen Y dan Z.

Jadi ku perah-perah idea dalam minda ni. Sebab tulah agaknya mata saya selalu terbeliak ke atas kalau bercakap. Sebab selalu perah idea. Hehe.

Urmmm… Haha.

Dah ada beberapa draft buku kanak-kanak dalam simpanan saya. Mungkin juga dengan menjadi penulis buku kanak-kanak saya mampu merealisasikan impian untuk jadi pendidik.

Ye… Saya pernah bercita-cita jadi pendidik. Waktu umur 7 tahun bila orang tanya saya nak jadi apa, saya cakap nak jadi pensyarah. Padahal waktu tu pensyarah pun saya tak tau kerje nya apa.

Sekarang ni memang jauh sangatlah saya pergi dari cita-cita asal, cumanya tadi terdetik. Mungkin inilah hubung kaitnya antara penulis dan pensyarah. Menulis buku kanak-kanak tapi dalam masa yang sama dapat peluang untuk mendidik jugak.

J.K Rowling lagi. Bukanlah idol saya pun cuma saya tengah fikir macam mana nak jadi jutawan macam dia. LOL

Ni nak bagi tips sikit kat mak ayah atau bakal mak ayah semua. Potensi anak-anak terbentuk dari persekitaran. Macam saya, dulu duduk kampung, kawan tak ramai. Main pun dengan alam (daun, tanah, kumbang dan kucing). Tapi oleh sebab arwah atuk saya seorang peneroka tanah, banyak kertas-kerta pelan dan pensel-pensil beliau yang jadi mangsa saya. Hehe. Mungkin sebab itu jugaklah saya punya bakat menulis. Tapi bakat meneroka tanah takde pulak menurun ke saya.

Oleh itu mak ayah sekalian, jauh-jauhkanlah ipad, ipod, dan segala macam gadget dari anak-anak sewaktu mereka dalam usia membesar dan berkembang. Kalau nak anak jadi penghafal al-Quran, biasakan baca al-Quran, dengar al-Quran dan akhlak al-Quran di rumah.

Hoho, cakap lebat ya. Kawen pun tak lagi. Eh apa salahnya. Kan menulis ni pun cara saya mengingatkan diri sendiri.

Advertisements

One thought on “Penulis Buku Kanak-Kanak?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s