I Have a Great Life

DSC_7897_1500px-L

Hari ni saya sampai ke ofis awal pagi. Pukul 8. Biasanya pukul 9.30 atau pukul 10 saya baru sampai. Melihat fajar pagi menyinsing membuatkan segala perasaan, mood dan tenaga saya berubah. Ia meningkat dari baik menjadi terbaik.

Seawal pukul 5 pagi saya bangun. Ya saya dah bertekad, saya kene jadi “morning person”. Antara insan yang berjaya mendorong saya menjadi “morning person” adalah encik tunang. Saya akui beliau garang dan tegas. Kadang-kadang bebelan beliau mengalahkan bebelan mak saya. Namun disinilah saya bertemu hikmah, mengapa sehingga saat ini kami masih berjodoh. Dia melengkapi kekurangan saya. Mengingatkan saya dengan caranya tersendiri dan selalu mengajar saya cara untuk menjadi perempuan.

Tapi bukanlah bermaksud mak, abuya atau adik-beradik saya tak pernah menyuruh atau mengajak saya menjadi “morning person”, tapi kedegilan atau liatnya saya nak bangun pagi memang terserlah. Lagi-lagi kalau bukan hari bekerja.

Jadi saya sangat bersyukur hari ini saya berjaya bangun awal dan sampai awal ke ofis. Saya berfikir, tanpa insan-insan ini, apakah saya akan perolehi kebaikan dalam hari-hari saya.

Ya, saya rasa beryukur kerana saya bekerja di syarikat yang terbaik, bos terbaik yang tidak cerewet dan co-workers terbaik. Disini kami punya fasiliti yang selesa. Apa yang paling selesa adalah pantry yang tak putus-putus makanan dan gaji tepat pada masanya. Heh.

Ya, saya bersyukur dengan keluarga terbaik yang saya punya sekarang. Mak yang mewariskan semangat beliau kepada saya. Abuya yang mewariskan bakat beliau kepada saya. Adik-beradik yang super supportive. Kalau ada masa-masa tertentu mereka jadi annoying tu biasalah kot. Kerana keluarga saya jugalah saya belajar menjadi insan yang kuat.

Ya, saya bersyukur mempunyai encik tunang yang terbaik. Ni bukan nak mengampu ya. Beliau pun macam family saya juga. Kadang-kadang annoying ya ampun. Tapi kekurangan saya selalu dilengkapi oleh beliau dan kami mohon doa para pembaca agar kami segera bernikah. Supaya happy till jannah. Amin.

Ya, ya, ya, ini yang paling saya syukuri. Saya lahir sebagai Islam. Tak dapat saya bayangkan jika saya terlahir sebagai non-muslim. Teraba-raba mencari hidayah. Menyembah tuhan yang bukan Tuhan. Kerana Islam saya mengenal pelbagai peradaban dalam hidup. Ya, hidup adalah adab. Manusia tanpa agama sama dengan manusia tanpa adab.

Jadi, ini adalah hari kedua saya memulakan kehidupan sebagai “morning person”. I’m blessed because I have a great life!

Advertisements

One thought on “I Have a Great Life

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s