“Engkau tak tahu pun tentang dia!”

UsualSuspectsBlack

Jom lihat bagaimana ketelitian Khalifah yang adil, Umar bin al-Khattab r.a. ketika dia menentukan ukuran yang sebenar untuk mengenal seseorang manusia.

Ketika mana datang pada beliau seorang lelaki untuk menjadi saksi kepada seorang lelaki yang lain,

Umar bin al-Khattab bertanya, “Benarkah kamu kenal orang ini?”

Lelaki itu menjawab, “Benar!”

Umar bin al-Khattab bertanya, “Adakah engkau jirannya dan tahu keluar masuknya?”

Lelaki itu menjawab, “Tidak!”

Umar bin al-Khattab bertanya lagi, “Pernahkah engkau menemaninya ketika bermusafir sehingga kamu tahu akan kemulian akhlaknya?”

Lelaki itu menjawab, “Tidak!”

Umar bin al-Khattab terus bertanya, “Pernahkah kamu berurusan duit dengannya sehingga kamu tahu kewarakan orang ini?”

Lelaki itu kemudian menjawab, “Tidak!”

Maka Umar pun berkata dengan keras, “Boleh jadi kamu sentiasa melihatnya sembahyang di masjid, mengangkat dan menundukkan kepalanya?”

Lelaki itu berkata, “Benar!”

Umar bin al-Khattab berkata, “Pergilah dari sini, kamu sebenarnya tidak kenal orang ni.”

Kemudian Umar berpaling kepada lelaki itu dan berkata, “Pergilah cari orang yang benar-benar tahu akan dirimu!”

Dapat kita lihat di sini, Umar bin al-Khattab tidak tertipu dengan rupa seseorang manusia dan bentuk luarannya sahaja. Akan tetapi beliau tahu hakikat lelaki itu yang sebenarnya dan menyingkap keadaan yang dapat menunjukkan agama dan budi pekertinya.

Moral of story: Jika ingin memilih seseorang yang penting dalam hidup kita seperti kawan atau pasangan, cubalah untuk keluar bermusafir dengannya (mahram only okey. Jangan bermusafir berdua pulak), lihat apa kata-kata jiran tentangnya dan bagaimana cara dia berurusan hal yang berkaitan dengan keuangan. Melihat pada zahir yang nampak sahaja tidak cukup. Ambil pengajaran dari ketelitian Umar bin Khattab dalam menilai manusia

Petikan di atas dari buku “Tarbiyatul Aulad” karangan Syeikh Nasih Ulwan, Insyaa Allah bakal diterbitkan kembali oleh PDI Publications dalam bentuk yang lebih menarik. –promote sikit syarikat kita. Hehe

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s