Kenapa saya ber”blog”

kenapa saya berblog

Assalamualaikum,

Sebelumnya, saya terfikir untuk menulis entry ini dengan bahasa english. Tapi memandangkan english saya tak begitu bagus jadi saya teruskan saja menulis dengan bahasa ibunda, iaitu bahasa Melayu.

Sebenarnya, ini bukanlah blog pertama saya. Saya mula berblog sejak tahun 2006 dimana ketika itu saya belajar di Indonesia.

Ketika itu blogging menjadi satu trend dan saya juga menulis di blog kerana trend. Jika dikira-kira, saya mempunyai hampir 10 blog dan sebahagiannya telah saya delete.

Saya akui, menulis di blog merupakan satu kepuasan tersendiri namun saya sempat berhenti menulis sehingga beberapa tahun. Tahun tersebut adalah tahun dimana idea saya seolah-olah hilang dan tandus.

Namun pada tahun 2012 ketika arwah pakcik (suami kepada makcik saudara saya) meninggal, peristiwa tersebut memberi kesan yang sangat mendalam kepada diri saya. Walaupun beliau tidak mempunyai hubungan rapat dengan saya namun ada sebuah soalan yang beliau ajukan kepada saya membuatkan saya berfikir. Beliau bertanya kepada saya,

“Inah nak kerja apa nanti selepas habis belajar? ”

Saya terdiam lalu menjawab, “Mungkin kerja dengan mak.”

Lalu beliau membalas, “Tulislah blog, jadilah blogger.”

Saya terdiam dan tersenyum. ketika itu beliau sedang sakit akibat penyakit kencing tikus. Beliau merupakan teknisi TUDM (seingat saya) dan apa yang saya ingat tentang beliau adalah, semangat beliau yang luar biasa.

Ketika beliau kata kepada saya, “jadilah blogger” saya berfikir, oh, ada yang ikut perkembangan diri saya dan baca apa yang saya tulis.

Tidak berapa lama setelah beliau menasihati saya untuk menjadi seorang blogger, beliau meninggal dunia dan pemergian beliau memberi kesan yang mendalam bagi keluarga besar kami.

Kini, saya perolehi kembali semangat untuk menulis. Kali ini bukan kerana trend, tetapi kerana saya perlu menulis untuk terus hidup. Menulis adalah diri saya. Identiti diri yang takkan ada sesiapa pun mampu tiru atau ubah. Jadi, jika anda terbaca blog ini, tinggalkan komen dibawah supaya saya tahu anda juga penting sepertimana pakcik saya. Tolong sedekahkan al-Fatihah kepada beliau.

Al-fatihah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s